Ketua Menteri Melaka terima PhD dari LUC

Share on facebook
Share on pinterest
Share on twitter
Ketua Menteri Melaka terima PhD dari LUC

SHAH ALAM: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, hari ini menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan daripada Lincoln University College (LUC).

Ijazah berkenaan yang disampaikan oleh Pro-Canselor LUC, Prof Datuk Dr Bibi Florina Abdullah pada Majlis Konvokesyen 2020 LUC yang diadakan di sebuah hotel dekat sini.

Sulaiman dianugerahkan ijazah kehormat berkenaan sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan beliau apabila berjaya memimpin pentadbiran Negeri Melaka ketika berhadapan dengan tiga cabaran besar.

Cabaran berkenaan adalah kesihatan khususnya ketika penularan pandemik COVID-19 ekoran kesan daripada pandemik yang melumpuhkan semua aktiviti ekonomi negeri serta cabaran politik sejak dilantik sebagai, Ketua Menteri Melaka, Ke-12 pada 9 Mac lalu.

Menurutnya, beliau amat berbesar hati dan mengucapkan setinggi penghargaan kepada pihak pengurusan tertinggi LUC di atas penganugerahan ijazah kehormat itu.

“Penganugerahan ini bukan sahaja sebagai tanda pengiktirafan secara peribadi pada saya, malah juga kepada seluruh barisan jentera pentadbiran kerajaan negeri secara keseluruhan.

“Ini juga akan menjadi pemangkin dan pencetus semangat kepada saya serta seluruh barisan kepimpinan untuk mengembalikan semula kegemilangan Negeri Melaka terutama dalam bidang pelancongan,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan, hari ini.

Beliau berkata, ia juga selaras dengan slogan terbaharu kerajaan negeri iaitu ‘Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia’; visi, ‘Menuju Negeri Lestari’ serta misi, T.E.R.A.S iaitu Teknologi, Entrepreneurship, Revolusi Industri & Ekonomi, Antarabangsa dan Sejahtera.

Terdahulu 50 pelajar LUC menerima skrol masing-masing iaitu sembilan PhD, sembilan diploma profesional dan 32 penerima sijil profesional.

Categories
Activity, Blog, Brown Bag Seminar, Events, News, Staff Activity – Archives